Politik: hebatnya Ketua Pembangkang !

Semoga beliau dapat menandingi DSAI ketika beliau sbg Ketua Pembangkang dahulu.

2022.12.20 (Selasa)

🇲🇾 Acik kagum dan admire individu yang berkebolehan bercakap deras macam KP (Ketua Pembangkang) yang baru dilantik itu. Namun setakat boleh bercakap deras saja, bagi Acik belum cukup. Apa yang dicakapnya itu mestilah juga ada fakta dan bukan auta.

Acik pun sama, ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada MP (Member of Parliament) Tambun atas kejayaan beliau merebut jawatan utama negara. Amat wajar sekali jika kejayaan beliau itu menjadikan beliau icon untuk ditauladani atau diemulate oleh generasi muda sekarang. Kerana apa ya ? Kerana MP Tambun itu telah menunjukkan satu keazaman yang sangat tinggi dalam mengejar cita-cita beliau untuk menjadi PM.

Individu yang tinggi keAZAMannya, tidak mudah berputus asa. Kerana itu Acik merasa bangga apabila cucu Acik yang bongsu (ketika menulis PenCERAHan ini) diberi nama “AZAM” oleh ibu bapa mereka. Semoga AZAM ini pun akan turut emulate kehebatan MP Tambun itu. Mungkin sikap degilnya itu manifestasi bahawa ia juga memiliki ciri-ciri kehebatan MP Tambun itu. Wallahua’lam !

Berani kerana benar takut kera …?

Peribahasa Melayu ada menyebut, “berani kerana benar, takut kerana salah”. Itu prinsip yang dipegangi oleh orang zaman datuk nenek kita dahulu saja kut. Sebab dalam era teknologi komunikasi yang begitu canggih sekarang muka orang yang bersalah dengan muka orang yang benar sama saja.

Sebagai contoh, kalau dizaman tok nenek kita dahulu, dibawa dua orang anak muda yang ditangkap sedang bergomoi, ke hadapan Tok Pengulu Kampung, tak susah bagi Tok Pengulu tersebut nak leraikan pergaduhan mereka itu. Dengan bertanya beberapa patah soalan dan memandang muka tiap-tiap seorang daripada mereka itu saja, Tok Pengulu dah boleh teka siapa yang bersalah yang mencetuskan pergaduhan tersebut.

Kaedah yang simple itu dah tak relevan lagi sekarang ini. Muka yang bersalah bukan lagi menzahirkan ciri-ciri ketakutan, bahkan sebalik. Malah yang menzahirkan ciri-ciri ketakutan ialah pada wajah orang yang tak bersalah atau yang benar. Sebab apa jadi begitu ya ?

Kata pula satu peribahasa Melayu is lain yang menyebut, “Alah bisa tegal biasa”. Maksudnya perkara yang selalu dilakukan, lama-lama akan menjadi biasa saja kepada pelakunya. Begitulah seorang yang sering melakukan kesalahan dengan sengaja. Perbuatan salahnya itu tidak akan memberi apa-apa kesan negatif kepada wajahnya.

Peribahasa Inggeris pula menyebut, practice makes perfect. Yakni, dengan kerap atau sering mempraktikkan sesuatu tindakan yang salah pelakunya akan semakin mahir. Contohnya, jika pelaku tersebut selalu berBOHONG dan berjaya mencapai hasratnya melalui pemBOHONGan itu, maka perasaan bersalah tidak akan tergambar langsung pada mukanya.

Oleh kerana itu, maka peribahasa Melayu “berani kerana benar, takut kerana salah” pada pendapat Acik, dah tidak lagi relevan di Malaysia sekarang. Oleh itu, kita perlu ada alat atau kaedah lain untuk membuktikan yang dituduh bersalah itu salah, manakala yang benar itu benar (tak bersalah).

Isu yg disuarakan oleh KP itu ⬇️

PH jangan koyak pulak ye…

Korang tau tak PM ke-10 kesayangan korang dah kena hina oleh media antarabangsa beb…

Bukan sikit-sikit punya hina, media ni sebut negara Islam Malaysia punya PM sebagai gay…

Amacam Anwar Ibrahim, bila nak saman media antarabangsa tersebut…

Macam biasa kerajaan “Reformasi” PH ni dah sekat akses kepada laman web tersebut…

Menteri Komunikasi PH ni ingat rakyat Malaysia bodoh ke apa…

Bukannya tak boleh guna aplikasi untuk “bypass” server Malaysia bhai…

Ataupun korang muat turun je aplikasi namanya “Turbo VPN” di Playstore…

Jangan buang masa tunggu laman web nak “loading” ye, memang tak akan keluar berita PM ke-10 di hina sebagai gay…

Na’udzubillahiminzalik. Wallahua’lam. Allahu Akbar.

@MalayanCyberForces

The MoS (Moral of Story)

Kerajaan Malaysia yang berdaulat dan merdeka tidak harus berdiam diri berpeluk tubuh saja, membiarkan pemimpin nombor satu negara dihina dan difitnah sedemikian rupa. Sebaliknya YAB dan kerajaannya wajar menyaman Nova Agency tersebut. Yang maha penting ialah supaya tuduhan liar terhadap PM dan juga TPM mesti diHENTIkan daripada diSEBAR-luas ke seluruh pelusuk dunia, ASAP.

Bagaimana atau apakah cara yang patut dilakukan bagi pemberHENTIan tersebut berjaya dicapai, terpulanglah kepada pihak kerajaan di bawah PM ke-10 dan TPMnya sekarang. Kata orang kalau harimau yang ganas pun dapat dibunuh apa nak heran dengan musang seekor. Maksud Acik, kalau usaha nak merebut jawatan PM yang begitu sukar pun berjaya PM ke-10 lakukan, apa kan lagi sekadar nak menutup mulut Nova Agency dan agency-agency lain yang seumpama dan semasa dengannya.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PPRU15: MP tiada pilihan ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/18/ppru15-mp-tiada-pilihan-2/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: nasihat buat k’jaan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/12/ppru15-nasihat-buat-kjaan-dsai/

PPRU15: for Malaysia to emulate https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/17/ppru15-for-malaysia-to-emulate/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ketua Pembangkang menuntut supaya PM ke-10 dan kerajaan SAMAN Nova Agency ASAP.

Malaysia: demokrasi atau autokrasi ?

Rakyat sendiri akan menilai samada Malaysia pasca PRU15 ini masih demokrasi ataupun tidak.

2022.12.19(Isnin)

C & P karya seorang MP ⬇️

B e r s a m b u n g ….. …

PenCERAHan yg popular ⬇️

PPRU15: MP tiada pilihan ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/18/ppru15-mp-tiada-pilihan-2/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Pemimpin itu manifestasi rakyat https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/21/pemimpin-itu-manifestasi-rakyat/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

PPRU15: MP tiada pilihan

Jika nak demokrasi subur, PM & TPM segeralah undur !

2022.12.18 (Ahad)

🇲🇾 Isnin ini adalah tarikh yang sangat penting buat Malaysia. Sidang Dewan Rakyat (DR) pasca PRU15 akan bermula pada hari itu. Mungkin inilah pertama kali buat Malaysia dimana dalam sidang DR diadakan Undi Percaya (UP) terhadap PM yang baru dilantik oleh SPB YDA.

Tujuan UP adalah bagi mengabsahkan bahawa PM memang mendapat sokongan daripada majoriti MP. Yakni, sekurang-kurangnya 112 MP merestui perlantikan DSAI sebagai PM Malaysia ke-10.

Pasa pendapat Acik, UP bukan setakat wajar saja, bahkan wajib dilakukan. Ini kerana perlantikan DSAI sebagai PM ke-10 telah mencetuskan berbagai reaksi negatif. Bukan saja reaksi negatif di kalangan MP-MP bahkan di kalangan pengundi-pengundi PRU15.

Semoga selepas dilaksanakan UP itu nanti, semua pihak akan akur dengan keputusan yang capai. Ada dua kemungkinan saja yang akan berlaku selepas UP dilaksanakan nanti. Kemungkin pertama ialah PM mendapat sokongan daripada majoriti MP yakni 112 atau lebih. Dan kemungkinan kedua ialah  sebaliknya.

Jika kemungkinan pertama yang menjadi realiti, maka bagi pendapat Acik, demokrasi tidak akan bermakna lagi. Ia bukan saja tidak subur malah sebaliknya akan menuju ke kubur. Dengan reputasi PM dan TPM yang begitu rupa, majoriti rakyat Malaysia akan mulai hilang kepercayaan kepada sistem demokrasi yang dipraktikkan di Malaysia.

Rakyat akan menganggap bahawa MP hasil PRU15 itu rata-rata lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada aspirasi majoriti pengundi. Lantaran itu prinsip asas demokrasi tidak lagi dihormati selepas berjaya merebut kerusi melalui peti undi.

Sekiranya Acik seorang MP, sebenarnya Acik tiada pilihan lain melainkan menolak samasekali DSAI daripada dilantik menjadi PM ke-10. Faktor penting yang menyebabkan Acik terpaksa menolak beliau ialah isu-isu kontroversi yang mengenai diri beliau sebagai individu dan sebagai MP. Antaranya ialah status beliau sebagai seorang bekas banduan (kes moral i.e. LIWAT).

Kedua ialah isu konspirasi beliau dengan Pengerusi BN (DS Ahmad Zahid) dalam PRU15 yang lepas. Majoriti rakyat mentakrif konspirasi itu sebagai satu bentuk PENIPUAN terhadap pengudi-pengundi, termasuklah pengikut parti masing-masing. Walaupun pada awalnya beliau menafikan konspirasi tersebut dengan menuduh bahawa ianya adalah fitnah Presiden PAS keatas dirinya, namun akhirnya terbukti bahawa konspirasi itu adalah realiti.

Ada netizen yang melabelkan konspirasi tersebut sebagai scame (penipuan)

Selain daripada meragui tentang keJUJURan DSAI dan DS Ahmad Zahid, ada juga yang mempertikaikan kelayakan MP-MP yang DSAI lantik sebagai menteri-menteri kabinet. Contohnya ialah menteri pendidikan yang dirakam dalam video berikut. Lebih-lebih lagi tentang kelayakan DS Ahmad Zahid sebagai TPM.

Sepatutnya menteri pendidikan ialah individu yg berilmu pengetahuan tinggi.

JANGAN salahkan pihak Istana !

Walaupun ada netizen yang mendakwa bahawa gabungan PH dengan BN adalah atas perintah DYMM SPB YDA, namun Acik tidak percaya dengan dakwaan tersebut. Acik lebih percaya bahawa SPB YDA adalah seorang yang menghormati perinsip demokrasi. Oleh yang demikian agak mustahil baginda bertindak sedemikian kecuali di atas nasihat PM.

Sebaliknya Acik merasa curiga terhadap nasihat PM yang telah disampaikan kepada baginda. Jika sekiranya nasihat yang PM beri kepada baginda itu berpihak kepada dirinya sendiri, maka sudah tentulah keputusan yang baginda buat sejajar dengan nasihat tersebut.

Tambahan pula tahap keJuJuran DSAI sebagai seorang individu dan sebagai seorang PM (Perdana Menteri) telah menjadi pertikaikan hangat dikalangan berbagai pihak, termasuk oleh bekas PM sendiri. Malah tahap kejujuran beliau itu adalah ibarat gembala yang di dalam “kisah seorang gembala dengan serigala”

🇲🇾 ibarat seorang gembala dgn serigala https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/17/ppru15-ibarat-seorang-gembala-dgn-serigala/

Malah isu konspirasi beliau dengan Pengerusi parti politik yang berseteru dengan parti yang diketuainya itu, menguatkan lagi bukti akan kerendahan tahap kejujuran beliau itu.

Berdasar segala fakta² yg relevan, jika Acik seorang daripada 222 MP, maka Acik tidak ada pilihan lain lagi selain daripada menolak atau membatalkan sokongan perlantikan DSAI sebagai PM ke-10. Begitu juga dengan perlantikan jemaah menteri kabinet dan timbalan-timbalan mereka yang dibuat oleh PM ke-10 itu.

Jika sekiranya Acik (andai kata Acik MP) menyokong DSAI sebagai PM, Acik adalah bersubahat membunuh sistem demokrasi yang diwarithi negara sejak sekian lama. Ini merupakan satu pengkhianatan yang besar terhadap amanah yang diberi oleh rakyat kepada Acik melalui peti undi.

Apalah sangat status sebagai MP yang Acik sandang jika dibanding dengan sistem demokrasi yang perlu dibela dan disuburkan. Untuk itu PM & TPM wajar didesak supaya segera berundur. Jika tidak, maka jangan dikesalkan nanti jika sistem pemerintahan demokrasi akan berkubur sedikit masa lagi.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PPRU15: ibarat seorang gembala dgn serigala https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/17/ppru15-ibarat-seorang-gembala-dgn-serigala/

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: nasihat buat k’jaan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/12/ppru15-nasihat-buat-kjaan-dsai/

Krisis kehakiman kejujuran yg mesti diatasi segera http://4uni2c.com/2016/12/18/krisis-keyakinan-kejujuran-yang-mesti-diatasi-segera/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2.com

Jika PM & TPM tidak segera undur, demokrasi di Malaysia akan berkubur.

PPRU15: ibarat seorang gembala dgn serigala.

Sekali berbohong orang percaya, dua kali berborong orang masih juga percaya, Kali ke-3 berbohong orang kata “padan muka !”

2022.12.17(Sabtu)

🇲🇾 BerBOHONG adalah satu perbuatan keji atau sifat mazmumah. Sejak dibangku sekolah rendah lagi Acik dan kawan-kawan diingatkan supaya jangan sekali-kali menjadi pemBOHONG. Hingga ada sebuah pantun yang bunyinya begini, “siakap, senohong, gelama, ikan duri ; Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.”

Janji-janji yg dicapati tak boleh dikira sebagai pemBOHONGan kah ❓

Semasa Acik di sekolah Kebangsaan dahulu, cikgu ada menyampaikan satu cerita. Tajuk cerita itu ialah “kisah seorang gembala kambing dengan serigala”.

Di sebuah kampung yang agak jauh dari kota ada seorang gembala kambing. Setiap hari gembala tersebut akan membawa kambing-kambingnya ke sebuah padang rumput. Padang rumput itu yang menjadi padang rangut bagi kambing-kambingnya itu terletak di hujung kampungnya itu..Iaitu di pinggir sebuah hutan belantara.

Pada satu hari terdengar sayup sayup suara budak gembala menjerit, “tolong ! tolong ! serigala menyerang kambing saya”. Suara itu terdengar berulang-ulang kali. Maka dalam sekelip mata saja berduyun-duyunlah orang-orang kampung itu datang ke padang rangut itu. Masing-masing dengan memengang sesuatu sebagai senjata.

Namun setibanya mereka di padang tersebut, mereka diberitahu si gembala tersebut bahawa serigala-serigala yang menyerang kambingnya telah kembali ke hutan yang berdekatan. Maka pulanglah orang-orang kampung itu dengan rasa lega.

Pada esoknya terdengar lagi laungan dari budak gembala tersebut seperti semalam. Sekali lagi berduyun-duyunlah penduduk kampung tersebut menerpa ke padang tersebut dengan senjata di tangan masing-masing.

Sekali lagi mereka diberitahu oleh budak gembala itu bahawa serigala yang menyerang kambingnya itu telah lari masuk ke hutan berdekatan. Semua penduduk kampung percaya kecuali seorang anak muda yang agak cerdik di kalangan anak-anak kampung tersebut.

Anak muda tersebut mensyaki sesuatu terhadap budak gembala tersebut. Beliau adalah orang yang paling awal tiba di padang itu sebaik saja mendengar laungan budak gembala itu. Beliau hairan kenapa semua kambing tersebut kelihatan normal saja ketika beliau sampai tadi.

Sebelum meninggalkan padang rumput itu anak muda itu bertemu bual dengan budak gembala itu. Melalui perbualan mereka itu dapatlah beliau membuat tanggapan bahawa budak gembala tersebut hanya mempermainkan orang-orang kampungnya itu. Dakwaan bahawa kambing-kambingnya diserang oleh serigala adalah suatu pemBOHONGan semata-mata.

Sekembalinya anak muda tersebut ke kampungnya itu, beliau pun menyebarkan tanggapannya itu kepada seluruh anak kampungnya itu. Nak jadikan cerita, pada hari esoknya, sekali lagi terdengar laungan suara yang sama dari arah padang ragut berkenaan. Malah kali ini lebih kuat daripada sebelumya.

Kali ini reaksi anak-anak kampung tak seperti semalam dan kelmarin lagi. Masing-masing tak hiraukan langsung laungan budak gembala kambing yang tak putus-putus itu. Akhirnya budak gembala itu datang sendiri menemuai anak-anak kampungnya itu untuk memohon pertolongan.

Kedatangan budak gembala kambing itu menemui anak-anak kampung itu mencetuskan rasa simpati di kalangan mereka. Maka barulah ada beberapa orang daripadanya yang sanggup menemani budak gembala itu ke padang ragut itu.

Malangnya masa telah terlambat. Telah tidak ada lagi kambing yang masih dapat diselamatkan. Habis semuanya mati akibat serangan sekumpulan serigala yang keluar dari hutan berhampiran sebentar tadi. Yang tinggal hanyalah bangkai-bangkai kambing yang bergelempangan di seluruh padang ragut itu.

The MoS (Moral of Story)

Orang yang suka bercakap bohong akhirnya pembohongannya itu akan memudharat dirinya sendiri. Pemimpin yang pembohong status integritinya hanyalah setaraf dengan integriti budak gembala kambing di dalam kisah di atas.

Seyugia diingatkan lagi, Islam mengharamkan pemBOHONGan. Ia adalah salah satu daripada tiga ciri-ciri orang munafik. Dua lagi ciri-ciri orang munafik ialah bila berjanji ia mungkiri dan bila diberi amanah ia khianati. Adakah rakyat Malaysia redha jika pemimpin yang memiliki ciri-ciri orang munafik diangkat menjadi menteri, bahkan MP ?

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: PM “by crook” ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/10/ppru15-pm-by-crook/

PPRU15: nasihat buat k’jaan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/12/ppru15-nasihat-buat-kjaan-dsai/

Berkawan dan berpisah demi ALLAH https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ciri-ciri munafik: pembohong, pemungkir janji & pengkhianat amanah..

N

PPRU15: Nasihat buat k’jaan DSAI

Usah berlaku sbg pembangkang kerana PH kini telah pun menjadi kerajaan.

2022.12.12 (Isnin)

🇲🇾 Acik rasa betul juga kata Raja Petra di dalam video di atas. Kalau PH berjaya menyumbatkan 100 orang musuh politiknya ke dalam penjara pun, masalah rakyat tak akan selesai. Harga ayam, harga telur dan lain-lain tak kan boleh turun dengan tindakan yang dipraktikkan oleh kerajaan PH/BN itu.

Kerajaan bukan macam sebuah syarikat, atau sebuah institusi, atau sebuah rumah tangga atau entiti yang seumpamanya. Kerajaan memiliki kuasa yang besar untuk melakukan banyak perkara yang tak mampu dibuat oleh mana-mana entiti bukan kerajaan.

Contohnya kerajaan memiliki kuasa bagi menghukum rakyat yang bersalah ataupun sebaliknya. Tapi kalau hendak menghukum mereka yang melakukan perbagai kesalahan di masa-masa yang lampau, akan merugikan kerajaan, maka kerajaan boleh saja mengabaikan kes kes kesalahan mereka itu, untuk beberapa ketika. Ataupun menangguhkan (k.i.v. keep in view) dulu kes kes mereka daripada diberi perhatian yang segera.

Sebaliknya kerajaan boleh saja memberi keutamaan kepada usaha-usaha positif yang lebih urgent untuk rakyat. Tapi, nampaknyan apa yang kerajaan DSAI sedang bersungguh-sungguh lakukan ialah mencari kesalahan musuh-musuh politik. Seolah-olah tanpa berbuat demikianlah segala program kebajikan rakyat akan terhalang ataupun tak akan berjaya dilaksanakan.

Jadi kerajaan kena pandai susun tugas-tugasnya berdasarkan priority (keutamaan). Yang perlu didahulukan, dahulukanlah ! Membalas dendam terhadap seteru politik bukanlah suatu ajenda yang wajar diberi priority yang tinggi.

Priority yang tinggi ialah kebajikan rakyat. Seperti kata Raja Petra dalam video di atas tu. Rakyat nak kerajaan lakukan apa yang perlu untuk mereka. Jika dimasukkan ramai seteru politik PH/BN ke dalam penjara bukan akan meringankan beban rakyat malah akan membuat rakyat bertambah susah.

Musuh-musuh politik PH/BN tentu ada tanggungan masing-masing. Adakah kerajaan DSAI sanggup nak menyara hidup kesemua tanggungan seteru politik mereka yang dipenjarakan ? Jika seteru politik mereka itu memiliki sebuah syarikat, urusan syarikat berkenaan tentu akan terjejas apabila taukehnya disumbat ke dalam penjara. Akibatnya kebajikan seluruh pekerja syarikat itu akan terjejas.

Acik sangat anti terhadap rasuah. Jadi tentulah Acik sokong sepenuhnya semua usaha kerajaan DSAI kearah menghapuskan rasuah dari muka bumi Malaysia yang tercinta ini. Cuma yang Acik sangat tak sokong dan tak faham ialah kaedah kerajaan DSAI memerangi rasuah.

Kalau kita nak sampai ke satu destinasi, pergerakan kita mestilah menuju kearah destinasi tersebut. Contohnya, Kalaulah kita nak ke Mekah dari KL kapal terbang yang kita naiki itu mestilah menuju kearah Barat. Lainlah jika kita dari Kahirah atau London.

Kalau destinasi kita itu ialah penghapusan rasuah maka arah yang kita tujui kenalah betul. Tapi ironinya, penghapusan rasuah berada di Barat sedangkan kenderaan yang nak membawa kita sedang menghala ke Timur.

Maksud Acik ialah, DSAI mengajak rakyat bersama-sama beliau membenteras rasuah. Itu sebelum PRU15 itu hari. Tapi apabila dah berjaya menubuh kerajaan, tiba-tiba DSAI melantik orang yang berlumuran dengan rasuah menjadi pembantunya yang paling kanan. Ini yang membuat Acik merasa bengong. Entahlah, mungkin juga Acik rasa begitu sebab Acik seorang yang bodoh.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

PPRU15: PM “by crook” ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/10/ppru15-pm-by-crook-2/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: Siapakah YB YB kita ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/02/ppru15-siapakah-yb-yb-kita/

Berkawan dan berpisah demi ALLAH https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.comp

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

BM: yg tulen & yg palsu

Sokong 100 % tindakan kerajaan benteras berita palsu drpd medsos ASAP.

2022.12.11(Ahad)

🇲🇾 Bila kita membeli sebuah kereta Proton Segak yang baru, kita boleh buat tanggapan bahwa setiap alat yang telah dipasang pada kereta itu adalah alat-alat yang tulen. Ada orang yang suka menggunakan istilah original bagi maksud tulen. Sebenarnya antara tulen dan original ada sedikit perbezaan.

Namun perbezaan antara tulen dan original akan mudah kita fahami hanya selepas kita telah menggunakan kereta Proton Segak itu untuk suatu tempoh. Katakanlah brake pads kereta itu telah haus dan perlu diganti dengan yang baru. Jika jenama bagi brake pads yang lama itu ialah  kingkong, maka brake pads yang original bagi kereta Proton Segak kita itu ialah yang jenamanya kingkong“.

Tapi bagi brake pads baru, yang kita baru pasang kepada kereta Proton Segak itu tidaklah dikira original lagi. Yang dikira original hanyalah brake pads yang lama saja. Dengan lain-lain perkataan, semua alat baru yang digunakan bagi mengganti alat-alat lama tidak boleh dikira original lagi.

Jadi apabila nak menggantikan apa-apa alat daripada kereta Proton Segak kita itu, yang perlu kita teliti dengan alat tersebut ialah samada ia alat yang tulen (genuine) ataupun tiruan (fake). Kalau brake pads yang baru kita ganti itu jenamanya kingkong, ianya belum pasti tulen. Ia mungkin alat tiruan yang diberi label  kingkong demi menipu pembeli.

Lebih baiklah jika brake pads yang baru itu berjenama “ayam” asalkan tulen daripada yang berlabel kingkongtapi palsu. Tapi yang menjadi masalah kita ialah bagaimana nak mengenalpasti samada alat kereta Proton Segak yang kita baru beli itu tulen atau pun palsu. Dengan lain perkataan, membezakan antara yang tulen dengan yang palsu adalah satu masalah bagi kebanyakan kita.

Susah nak kenal berita palsu

Jika benda yang fisikal pun agak susah kita nak mengenalpasti samada ianya tulen ataupun palsu, apa lagi sesuatu yang non-physical (bukan fisikal). Berita palsu adalah termasuk sesuatu non-physical yang sukar untuk diverifikasi (verified).

Disebabkan oleh masalah verifikasi tersebut, maka amat wajarlah pihak kerajaan sendiri yang menyediakan perkhidmatan verifikasi bagi setiap berita yang dipos oleh netizen di medsos (media sosial). Tak apalah jika sekiranya kos menyediakan perkhidmatan tersebut tinggi asalkan kerajaan masih mampu dan berbaloi.

Berbaloi sebab ia akan menyelamatkan rakyat daripada berdosa akibat kesalahan menyebarkan berita palsu. Bukankah kata sebuah peribahasa Inggeris, “prevention is better than cure.  Acik yakin bahwa, dengan pembenterasan penyebaran berita-berita palsu (fake news) itu nanti, nescaya kos penyelenggaran sistem kehakiman akan turun mendadak.

Jika kebajikan disamakan dengan charity, maka mulakan berbuat kebajikan di dalam kerajaan terlebih dahulu. Ini sejajar dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi, charity begins at home“. Pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk PM berhentilah dahulu menjana apa-apa kenyataan yang akhirnya terbukti ianya palsu.

Contohnya mengeluarkan kenyataan bahwa harga minyak akan turun dalam tempoh terdekat. Penat rakyat menunggu, namun ianya “ibarat menunggu buah jering jatuh dari atas pokoknya”. Dan akhirnya baru tahu bahwa berita tersebut adalah palsu.

Kata peribahasa Melayu, “lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada cakapan/janjinya“. Manusia yang tak boleh dipegang pada cakapan/janjinya adalah manusia yang munafik. Dan bagi manusia yang munafik ada tiga ciri-ciri pentingnya.

1. Pertama: bila ia berkata ia dusta ;

2. Kedua: bila ia berjanji ia mungkiri ;

3. Ketiga: bila ia diberi amanah ia khianati.

Melayu mudah lupa ???

May Allah save the king from them

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PPRU15: PM “by crook” ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/10/ppru15-pm-by-crook-2/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

Berkawan dan berpisah demi ALLAH https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

PPRU15: PM “by crook” ?

Gelaran “Presiden PKR” digantikan dengan gelaran “Perdana Menteri PKR” pernah dicadangkan oleh bekas pengasas PKR.

2022.12.10(Sabtu)

🇲🇾 Satu ungkapan bahasa Inggeris yang berbunyi, by hook or by crookbukanlah asing bagi kita majoriti rakyat Malaysia. by hookbermaksud dengan cara yang halal dan sah dari kacamata agama dan undang-undang. Manakala by crookpula bermaksud dengan cara yang salah. Samada salah dalam aspek undang-undang mahu pun hukum syariat.

Ketagihan boleh membuat seseorang itu sanggup melakukan apa saja, asalkan ketagihannya itu dapat dilayan dengan sepuasnya. Contohnya, ialah seorang penagih (dadah). Beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dadah yang diketagihinya. Mula-mula beliau akan menggunakan duit simpanannya sendiri untuk membeli dadah. Cara ini masih boleh dikatakan, by hook“.

Tapi bila by hooktak mampu dilakukannya lagi, maka cara by crookyang melanggar undang-undang dan syariat agama pun digunakan pula. Contoh, bila duit pun dah habis, maka mulalah mencuri sana sini untuk mendapat duit atau apa-apa juga barang berharga yang boleh ditukarkan dengan dadah.

Selama ini rakyat ingat ketagihan dadah saja yang membawa mudharat besar kepada negara. Akibat ketagihan (dadah), negara terpaksa membelanjakan bukan sedikit duit rakyat untuk merawat dan memulihkan rakyat yang ketagihan (dadah). Rupa-rupanya ketagihan jawatan dalam politik dan kerajaan lebih mudharat daripada ketagihan dadah.

Kerana ketagihan (dadah) merosakkan sistem hidup bermasyarakat, itu pun sudah cukup membimbangkan semua ibu bapa. Betapa lagi ketagihan jawatan penting dalam politik dan kerajaan, kerana ia merosakkan demokrasi dan pentadbiran negara. Kerana ketagihan jawatan, maka prinsip diri tak dipeduli lagi. Penagih jawatan berkenaan sanggup membohongi rakyat dan menipu pengundi dengan melakukan konspirasi politik sesama sendiri di peringkat atasan.

Konspirator adalah pengkhianat. Oleh itu konspirator sama sekali tak wajar diangkat menjadi PM dan TPM.

Isu perlantikan pemimpin

Dalam politik Islam, ada dua pendapat yang bercanggah, dalam isu perlantikan ke jawatan kepimpinan. Satu pihak berpendapat bahwa seseorang itu boleh saja menawarkan diri untuk memegang jawatan kepimpinan. Manakala di pihak yang lagi satu berpendapat bahwa Islam melarang umatnya daripada meminta-minta jawatan kepimpinan.

Pihak yang mengharuskan permohonan jawatan kepimpinan menggunaka hujah Nabi Yusof a.s. Kisah Nabi Yusof ada di dalam al Quran. Jadi tak usah kita yang Muslim nak mempertikaikannya. Manakala satu pihak lagi menggunakan hujah hadith.

Dalam hal mengangkat pemimpin ini, Acik lebih cenderong kepada pendapat pihak kedua. Yakni, Acik tidak suka mengangkat seorang yang memohon satu jawatan kepimpinan menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi yang menagih mana-mana jawatan kepimpinan. Apa lagi jika jawatan yang ditagih itu jawatan utama dalam sesebuah negara.

Sukalah Acik merujuk kepada artikel berikut yang menyokong pendapat pihak kedua yang berlandaskan hadith. Artikel ini ditulis oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi. Acik percaya Dr. Sanusi adalah seorang yang layak mentafsirkan hadith tersebut dan mempraktikkannya. Syabas dan terima kasih yang tak terhingga kita ucapkan kepada Dr. atas sumbangan beliau ini.

Kegilaan Jawatan Mengalahkan Serigala

  1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan kepada kita kegilaan kepada jawatan akan melimpahkan bahana yang dahsyat jika dibandingkan dengan serigala yang dilepaskan kepada sekumpulan kambing. Sabda Rasulullah:

مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِي غَنَمٍ، بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِينِهِ

Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosakkan jika dibandingkan dengan sifat tamak manusia terhadap harta dan kuasa yang sangat merosakkan agamanya. (HR Ahmad)

  1. Rasulullah turut berpesan dalam satu hadith bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

“Sesungguhnya aka nada dikalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat. (HR al-Bukhari)

  1. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa orang yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya diberikan jawatan. Perkara ini dijelaskan ketika Baginda ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah menjawab:

إنا لا تُولي هذا مَنْ سَألهُ وَلا مَنْ حَرَص عليه

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gila kan jawatan kepimpinan.”

  1. Artikel ini adalah petikan dari buku 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan:
    https://taybah.my/product/40-hadis-tentang-politik-dan-kepimpinan/

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Hujah berdasarkan al Quran

Acik rasa elok juga Acik beri sedikit pandangan terhadap pegangan pihak pertama. Yakni mengharuskan perbuatan memohon jawatan kepimpinan. Mungkin mereka berpendapat demikian kerana mengutamakan al Qur’an lebih daripada hadith. Memang inilah yang sepatutnya.

Acik tidak berani mengatakan tindakan memohon jawatan kepimpinan itu tidak harus ataupun haram. Cuma padankah seseorang itu merasa dirinya setaraf dengan Nabi Yusof a.s. Acik yakin tidak mungkin wujud lagi manusia yang sehebat Nabi Yusof a.s. itu. Baik sekarang ini, mahupun akan datang.

Kita kena ingat bahwa, percakapan Nabi adalah berpandukan wahyu. Sedangkan percakapan kita sering dipengaruhi oleh nafsu. Jika seorang Nabi mendakwa dirinya layak, maka itulah hakikatnya. Tapi kalau kita mendakwa diri kita layak, belum tentu kita begitu. Kadang-kadang dakwaan kita hanyalah ibarat masuk bakul angkat sendiri.

Adalah lebih selamat jika jawatan kepimpinan yang kita hajatkan itu, orang ramai yang amanahkan kepada kita. Bukan kita sendiri yang menagihinya. Ini yang dipraktikkan oleh para sahabat Rasul s.a.w. Jadi, jika ada segelintir manusia yang membantah perlantikan seseorang ke suatu jawatan kepimpinan, maka lebih baiklah orang yang dilantik itu menolak jawatan berkenaan dengan alasan yang munasabah.

Wallahua’lam 🌺

Selamat tinggal UMNO https://m.facebook.com/100053581701911/videos/live-selamat-tinggal-umno/682011773499384/

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Berkawan & berpisah demi ALLAH https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

PRU15: konspirasi jadi precedent kah ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/28/pru15-konspirasi-jadi-precedent-kah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

PM ke-10

PPRU15: PN menang Padang Serai.

Rakyat tolak konspirasi melalui peti undi. Konspirasi pembunuh demokrasi.

2022.12.08(Khamis)

🇲🇾 Terlebih dahulu Acik ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon yang telah menang di PRK Padang Serai dan Tioman. Semoga kedua-dua YB baru itu akan dapat memikul tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur lagi ikhlas demi kepentingan rakyat dan Malaysia tercinta.

Di sebalik setiap apa yang tersurat akan ada yang tersirat. Mari kita lihat dulu yang tersurat seperti berikut :

Sila bandingkan keputusan PRU15 dgn PRU14

Berdasarkan keputusan di atas, tentu kita dapat membayangkan apa yang tersirat daripada keputusan tersebut. Jika kita bandingkan jumlah majoriti yang telah diperolehi oleh calon yang menang dalam PRU15 daripada PRU14, tentulah ada sebab kenapa ia berlaku sedemikian rupa.

Acik percaya bahawa agak ramai pengundi di Padang Serai, yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu telah tidak lagi memberi undi kepada PH dalam PRU15. Sebaliknya, samada mereka langsung tidak membuang undi, ataupun memberi undi kepada PN. Acik juga percaya bahawa, pengundi-pengundi muda yang baru pertama kali membuang undi juga ramai yang telah memberi undi kepada PN.

Tekaan Acik ini boleh diverifikasi samada betul atau sebaliknya. Kalau tekaan itu betul maka asas yang Acik gunakan adalah betul. Begitulah jika sebaliknya. Tanggapan Acik ialah bahawa majoriti pengundi di Padang Serai peka dengan perkembangan semasa politik Malaysia. Mereka rata-rata tidak setuju dengan konspirasi antara Pengerusi BN dengan Pengerusi PH.

Penduduk Padang Serai mungkin lebih terkehadapan dari penduduk Tioman dalam bab politik dan isu-isu semasa. Jadi mereka lebih sensitif terhadap konspirasi antara Pengerusi BN dan Pengerusi PH. Lantaran itu mereka membuat protes terhadap kedua-dua Pengerusi parti-parti tersebut melalui peti undi.

Tapi, nak kata pengundi-pengundi di Tioman tak sensitif langsung terhadap konspirasi tersebut pun tak boleh juga. Kalau mereka tak sensitif tak kan jumlah undi majoriti boleh merosot begitu ketara sekali. BN hanya menang dengan majoriti 573 undi saja. Apa pun, di kedua-dua kawasan PRK tersebut undi PH telah merosot dengan amat ketara berbanding dengan PRU14 dahulu.

Acik rasa jika sekiranya dua perkara berikut tidak berlaku, nescaya prestasi BN di kedua-dua kawasan PRK adalah jauh lebih baik. Faktor pertama, jika DSAZ tidak masuk bertanding dalam PRU15 itu hari. Faktor kedua yang lebih penting ialah konspirasi. Ini sahih sebagai satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat, lebih-lebih lagi terhadap ahli-ahli parti masing-masing.

Maka sekarang terpulanglah keatas kebijaksanaan Pengerusi BN dan Pengerusi PH bagi membaiki persepsi rakyat terhadap parti-parti mereka. Suka tidak suka, mereka kena akui persepsi rakyat terhadap PH maupun BN telah kotor akibat konspirasi tersebut. Jangan anggap rakyat rata-rata ni buta, pekak, bisu dan bodoh.

Kesalahan kedua-dua Pengerusi parti-parti tersebut adalah terlalu serius. Penawarnya mungkin sangat berat nak dipersetujui oleh kedua-dua jaguh politik tersebut. Yakni kedua-dua mereka wajar berundur dari jawatan utama parti yang disedang disandangi sekarang. Mereka perlu berkorban demi servival parti masing-masing.

Utk tebus dosa menipu rakyat, kedua-dua mereka wajar meninggalkan jawatan Pengerusi parti-parti gabungan Masing-masing. Biarlah mati anak, asalkan jangan mati adat.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRU15: Konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

BM: antara bekas Dan bakal https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/05/bm-antara-bekas-dan-bakal/

PRU15: konspirasi jadi precedent kah https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/28/pru15-konspirasi-jadi-precedent-kah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

BM: Antara bekas dan bakal

Contoh seorang bekas & bakal ?

2022.12.05(Isnin)

🇲🇾 Seorang murid bertanya kepada guru BM (Bahasa Melayu) nya: “Cikgu, apa makna perkataan BEKAS dan perkataan BAKAL ? Dan tolong bagi satu contoh yang boleh saya ingat sampai saya mati“. Andaikan bahawa Cikgu dalam dialog ini adalah Acik sendiri. Maka berikut adalah jawapan Acik.

Sebenarnya perkataan BEKAS itu ada beberapa makna. Namun, ia mengikut keadaan atau konteks. BEKAS boleh merujuk kepada alat untuk mengisi sesuatu. Contohnya, “semua BEKAS di atas atas meja itu penuh dengan kuih muih”

BEKAS juga boleh merujuk kepada kesan. Contohnya, kemek pada kereta itu adalah bekas eksiden baru-baru ini. “Kalau nak membunuh ular pun, kayu yang diguna janganlah sampai patah, tanah tempat ular itu dibunuh janganlah sampai berBEKAS. Namun ular tersebut biarlah mati !”

Dalam konteks soalan anda itu, bekas bermaksud mantan. Contoh paling popular yang cikgu boleh petik ialah public figure yang di dalam video di atas. Beliau ialah DSAI. Dahulu beliau pernah disabitkan dengan kesalahan LIWAT lalu dihukum penjara selama 6 tahun. Walaubagaimana pun, sebelum tamat tempoh hukuman tersebut, beliau telah dianugerahi pengampunan oleh DYMM SPBYDA (Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipetuan Agong).

Namun dengan pengampunan itu tidak bermakna DSAI tidak lagi bergelar BEKAS banduan. Dengan perkataan lain, status (bekas banduan) tersebut akan kekal sepanjang hayat beliau. Bukan beliau saja begitu. Semua insan yang pernah menjadi banduan, berkongsi status yang sama dengan DSAI. Terima ataupun tidak, itulah realiti yang tak mungkin boleh dinafi.

Definasi BAKAL

Bakal bermakna “akan menjadi”. Berdasarkan tarikh dan waktu berlakunya peristiwa yang di dalam video itu, DSAZ (Datuk Seri Ahmad Zahid) adalah seorang BAKAL banduan. Rakyat anggap begitu kerana beberapa dakwaan rasuah telah difailkan terhadap beliau. Jika beliau gagal dalam perbicaraan di mahkamah nanti lalu disabitkan dengan kesalahan rasuah, maka beliau mungkin dihukum penjara. Selagi beliau bebas daripada dakwaan rasuah maka DSAZ adalah BAKAL banduan.

Walaubagaimana pun, seorang yang BAKAL bagi sesuatu kedudukan atau status, belum tentu juga beliau akan menerima kedudukan atau status berkenaan. Di sinilah perbezaan yang tersangat jauh antara BAKAL dengan BEKAS. Ini kerana, BEKAS adalah realiti sedangkan BAKAL belum pasti akan menjadi realiti.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRU15: inikah PM ke-10 ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/18/pru15-inikah-pm-ke-10/

Berkawan & berpisah demi Allah https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

PPRU15: rakyat pakat meluat

digambarkan dlm video di atas bahawa rakyat mulai meluat kpd kerajaan PH/BN

2022.12.03(Sabtu)

🇲🇾 PH, BN dan lain-lain baru saja mengistiharkan barisan kabinet mereka. Samada semua menteri-menteri itu mampu berfungsi sebagai seorang menteri atau sebaliknya, sama-samalah kita lihat nanti. Buat masa sekarang Acik rasa belum adil jika nak komen apa-apa terhadap mana-mana menteri.

Generasi muda begitu bersemangat sekali untuk membuat Pemeran
MengHADIAHkan jawatan TPM kepada bakal BANDUAN (kes rasuah) adalah satu pengHINAan besar oleh PM ke-10 terhadap seluruh rakyat Msia yg tahu berFIKIR.
Tak malukan Malaysia atas pelantikan tertuduh PERASUAH sebagai TPM ?

B e r s a m b u n g ………..

PenCERAHan yg popular ⬇️

Berkawan & berpisah demi Allah https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PRU15: PM 2 PURNAMA. https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/25/pru15-pm-2-purnama/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com