Pembaziran itu satu sumber

Objek-objek yg berguna masih boleh diperolehi drpd pembaziran yg berlaku.

2023.01.08(Ahad)

🇲🇾 Semua benda atau objek mesti ada sumbernya. Sungai misalnya, adalah sumber bagi air. Oleh sebab di dalam sungai juga ada ikan, maka sungai juga adalah sumber bagi ikan. Dengan perkataan lain, di mana sesuatu objek itu boleh diperolehi maka di situlah sumbernya.

Agama Islam melarang umatnya membazir. Pembazir adalah kawan syaitan mengikut tafsiran Islam. Oleh yang demikian setiap umat Islam haruslah mengelakkan diri daripada melakukan sebarang pembaziran. Bukan saja melakukan pembaziran terhadap sesuatu yang berharga dan susah diperolehi, malah yang percuma pun dilarang daripada membazir.

Contohnya, Islam melarang membazirkan air walaupun bagi tujuan berwudhu’ atau mengambil air sembahyang. Larangan di sini bukanlah bermakna haram, tapi makruh. Maksud makruh ialah memperolehi pahala bagi orang yang tidak melakukannya. Dengan kata lain sunat menjimatkan air bagi melakukan wudhu’. Hatta jika berwudhu’ di tepi sebatang sungai sekali pun adalah sunat menjimatkan air.

Kalau air sekali pun umat Islam dilarang membazir, apa tah lagi objek atau benda-benda lain yang lebih berharga dan susah diperolehi. Contohnya makanan yang dibuang akibat sifat tamak kita. Semasa nak mengambil makan di sebuah hidangan buffet misalnya, kita mengambil makanan dengan banyaknya. Kemudian makanan tersebut tak habis dimakan. Bukankah itu satu pembaziran maknanya ?

Bayangkanlah betapa susahnya nak menyediakan makanan yang dihidangkan di atas sebuah meja. Nasi yang di hidangkan itu adalah bermula daripada usaha pesawah yang bersusah payah menanam PADI. Kemudian PADI tersebut diproses menjadi BERAS. Kemudian BERAS itu dimasak sebelum menjadi nasi. Berbagai alat masakan yang perlu digunakan bagi menjadikan BERAS yang keras itu NASI yang sedap lagi mengenyangkan.

Begitulah juga dengan lauk pauk yang dihidangkan di atas meja yang sama. Ikan yang tangkap di lautan dan ayam yang diternak di reban. Semuanya itu berjaya dimasak menjadi hidangan adalah dengan susah payah berbagai pihak. Setelah menjadi makanan, tiba-tiba sebahgian daripadanya dibazirkan atau dibuang kedalam tong sampah.

Walaupun ada juga makanan yang tak habis itu diberi kepada binatang ternakan, namun ia bukanlah statu justifikasi yang boleh digunakan untuk mengharuskan pembaziran makanan tersebut. Makanan untuk bintang ternakan patut diambil daripada sumber lain yang berbaloi dengan kosnya, bukan diambil daripada sisa-sisa makanan manusia yang mengamalkan pembaziran makanan.

PemBAZIRan itu sumber kakayaan

Jika difikirkan dengan mendalam, nescaya kita akan dapati bahawa pemBAZIRan itu adalah sumber berbagai-bagai unsur kekayaan. Cuma cara meraih unsur tersebut taklah sepertimana meraih jus limau atau jus epal daripada buahnya.

Cara meraih unsur (elemen) kekayaan daripada pemBAZIRan adalah dengan melakukan penJIMATan. Maksudnya ialah dengan menggunakan sesuatu bahan itu dengan sepenuhnya, tanpa meninggalkan sisanya atau tanpa menSIA-SIAkan sebahgian daripadanya. Misalnya membeli makanan, tidaklah sampai tak habis makan. Penjual makanan pula tidaklah menawarkan makanan jualannya secara berlebihan hingga tak habis dijual. Setelah basi ianya dibuang begitu saja.

Dengan lain-lain perkataan, unsur-unsur kekayaan di dalam pemBAZIRan itu boleh diraih dengan tindakan proaktif. Ini dilakukan dengan membuat perancangan yang rapi mulai daripada langkah pertama penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan bagi memenuhi sesuatu keperluan.

B e r s a m b u n g ….. … .

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: hargailah air sebaik mungkin http://4uni2c.com/2020/11/21/agama-hargailah-air-sebaik-mungkin/

If a litre is enough, a gallon is a waste http://4uni2c.com/2013/07/26/4uni2c-13726b-if-a-litter-is-enough-a-gallon-is-a-waste/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Banyak elemen² berguna yg boleh diperolehi (diselamatkan) drpd pengHAPUSan pemBAZIRan.

Leave a comment