BM: Antara bekas dan bakal

Contoh seorang bekas & bakal ?

2022.12.05(Isnin)

🇲🇾 Seorang murid bertanya kepada guru BM (Bahasa Melayu) nya: “Cikgu, apa makna perkataan BEKAS dan perkataan BAKAL ? Dan tolong bagi satu contoh yang boleh saya ingat sampai saya mati“. Andaikan bahawa Cikgu dalam dialog ini adalah Acik sendiri. Maka berikut adalah jawapan Acik.

Sebenarnya perkataan BEKAS itu ada beberapa makna. Namun, ia mengikut keadaan atau konteks. BEKAS boleh merujuk kepada alat untuk mengisi sesuatu. Contohnya, “semua BEKAS di atas atas meja itu penuh dengan kuih muih”

BEKAS juga boleh merujuk kepada kesan. Contohnya, kemek pada kereta itu adalah bekas eksiden baru-baru ini. “Kalau nak membunuh ular pun, kayu yang diguna janganlah sampai patah, tanah tempat ular itu dibunuh janganlah sampai berBEKAS. Namun ular tersebut biarlah mati !”

Dalam konteks soalan anda itu, bekas bermaksud mantan. Contoh paling popular yang cikgu boleh petik ialah public figure yang di dalam video di atas. Beliau ialah DSAI. Dahulu beliau pernah disabitkan dengan kesalahan LIWAT lalu dihukum penjara selama 6 tahun. Walaubagaimana pun, sebelum tamat tempoh hukuman tersebut, beliau telah dianugerahi pengampunan oleh DYMM SPBYDA (Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipetuan Agong).

Namun dengan pengampunan itu tidak bermakna DSAI tidak lagi bergelar BEKAS banduan. Dengan perkataan lain, status (bekas banduan) tersebut akan kekal sepanjang hayat beliau. Bukan beliau saja begitu. Semua insan yang pernah menjadi banduan, berkongsi status yang sama dengan DSAI. Terima ataupun tidak, itulah realiti yang tak mungkin boleh dinafi.

Definasi BAKAL

Bakal bermakna “akan menjadi”. Berdasarkan tarikh dan waktu berlakunya peristiwa yang di dalam video itu, DSAZ (Datuk Seri Ahmad Zahid) adalah seorang BAKAL banduan. Rakyat anggap begitu kerana beberapa dakwaan rasuah telah difailkan terhadap beliau. Jika beliau gagal dalam perbicaraan di mahkamah nanti lalu disabitkan dengan kesalahan rasuah, maka beliau mungkin dihukum penjara. Selagi beliau bebas daripada dakwaan rasuah maka DSAZ adalah BAKAL banduan.

Walaubagaimana pun, seorang yang BAKAL bagi sesuatu kedudukan atau status, belum tentu juga beliau akan menerima kedudukan atau status berkenaan. Di sinilah perbezaan yang tersangat jauh antara BAKAL dengan BEKAS. Ini kerana, BEKAS adalah realiti sedangkan BAKAL belum pasti akan menjadi realiti.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRU15: inikah PM ke-10 ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/18/pru15-inikah-pm-ke-10/

Berkawan & berpisah demi Allah https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment