PPRU15: PN menang Padang Serai.

Rakyat tolak konspirasi melalui peti undi. Konspirasi pembunuh demokrasi.

2022.12.08(Khamis)

🇲🇾 Terlebih dahulu Acik ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon yang telah menang di PRK Padang Serai dan Tioman. Semoga kedua-dua YB baru itu akan dapat memikul tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur lagi ikhlas demi kepentingan rakyat dan Malaysia tercinta.

Di sebalik setiap apa yang tersurat akan ada yang tersirat. Mari kita lihat dulu yang tersurat seperti berikut :

Sila bandingkan keputusan PRU15 dgn PRU14

Berdasarkan keputusan di atas, tentu kita dapat membayangkan apa yang tersirat daripada keputusan tersebut. Jika kita bandingkan jumlah majoriti yang telah diperolehi oleh calon yang menang dalam PRU15 daripada PRU14, tentulah ada sebab kenapa ia berlaku sedemikian rupa.

Acik percaya bahawa agak ramai pengundi di Padang Serai, yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu telah tidak lagi memberi undi kepada PH dalam PRU15. Sebaliknya, samada mereka langsung tidak membuang undi, ataupun memberi undi kepada PN. Acik juga percaya bahawa, pengundi-pengundi muda yang baru pertama kali membuang undi juga ramai yang telah memberi undi kepada PN.

Tekaan Acik ini boleh diverifikasi samada betul atau sebaliknya. Kalau tekaan itu betul maka asas yang Acik gunakan adalah betul. Begitulah jika sebaliknya. Tanggapan Acik ialah bahawa majoriti pengundi di Padang Serai peka dengan perkembangan semasa politik Malaysia. Mereka rata-rata tidak setuju dengan konspirasi antara Pengerusi BN dengan Pengerusi PH.

Penduduk Padang Serai mungkin lebih terkehadapan dari penduduk Tioman dalam bab politik dan isu-isu semasa. Jadi mereka lebih sensitif terhadap konspirasi antara Pengerusi BN dan Pengerusi PH. Lantaran itu mereka membuat protes terhadap kedua-dua Pengerusi parti-parti tersebut melalui peti undi.

Tapi, nak kata pengundi-pengundi di Tioman tak sensitif langsung terhadap konspirasi tersebut pun tak boleh juga. Kalau mereka tak sensitif tak kan jumlah undi majoriti boleh merosot begitu ketara sekali. BN hanya menang dengan majoriti 573 undi saja. Apa pun, di kedua-dua kawasan PRK tersebut undi PH telah merosot dengan amat ketara berbanding dengan PRU14 dahulu.

Acik rasa jika sekiranya dua perkara berikut tidak berlaku, nescaya prestasi BN di kedua-dua kawasan PRK adalah jauh lebih baik. Faktor pertama, jika DSAZ tidak masuk bertanding dalam PRU15 itu hari. Faktor kedua yang lebih penting ialah konspirasi. Ini sahih sebagai satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat, lebih-lebih lagi terhadap ahli-ahli parti masing-masing.

Maka sekarang terpulanglah keatas kebijaksanaan Pengerusi BN dan Pengerusi PH bagi membaiki persepsi rakyat terhadap parti-parti mereka. Suka tidak suka, mereka kena akui persepsi rakyat terhadap PH maupun BN telah kotor akibat konspirasi tersebut. Jangan anggap rakyat rata-rata ni buta, pekak, bisu dan bodoh.

Kesalahan kedua-dua Pengerusi parti-parti tersebut adalah terlalu serius. Penawarnya mungkin sangat berat nak dipersetujui oleh kedua-dua jaguh politik tersebut. Yakni kedua-dua mereka wajar berundur dari jawatan utama parti yang disedang disandangi sekarang. Mereka perlu berkorban demi servival parti masing-masing.

Utk tebus dosa menipu rakyat, kedua-dua mereka wajar meninggalkan jawatan Pengerusi parti-parti gabungan Masing-masing. Biarlah mati anak, asalkan jangan mati adat.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRU15: Konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

BM: antara bekas Dan bakal https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/05/bm-antara-bekas-dan-bakal/

PRU15: konspirasi jadi precedent kah https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/28/pru15-konspirasi-jadi-precedent-kah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment