PRU15: jgn mengundang “coup dtat”

Walaupun ia mungkin satu solusi yg praktikal lagi efektif, namun “coup dtat” belum perlu lagi kot !

2022.11.23 (Rabu)

Acik bukanlah pro coup dtat. Namun kalau susah sangat nak membentuk kerajaan civil, biarlah tentera pula yang memerintah. Acik percaya bahawa dalam tentera pun ramai OP (bekas Putera) yang bijak pandai dan berkelulusan tinggi.

Rakan-rakan mereka yang bukan tentera pun boleh membantu mereka demi memajukan negara. Antaranya ialah OP Raja Nong Cik, OP Shafee Abdullah, OP Anuar Musa, OP Alwi Che Mat, OP Rashid, OP Syed Saddiq dan ramai lagi.

Beberapa orang kawan Acik pun pernah berkhidmat dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia). La ni semua mereka dah bersara belaka. Tapi ketika mereka masih dalam perkhidmatan dalam ATM dahulu, Acik sangat admire mereka kerana berjaya menjadi panglima.

Dahulu, Acik pun pernah berminat nak masuk askar. Tetapi bila Acik masuk MTD (Maktab Tentera Diraja) minat Acik tu mulai pudar. Bukanlah kerana Acik pandang rendah kepada askar. Sebaliknya Acik bertambah admire mereka yang sanggup masuk askar. Sedangkan Acik sendiri pun tak sanggup menempuhi cabaran yang terpaksa dialami oleh setiap askar.

Bila menemui gambar di atas ketika keadaan politik yang kucar kacir sekarang ini, tercetus pula idea untuk menulis sedikit komen tentang tawaran pihak askar untuk memerintah negara. Mungkin juga apa yang ditawarkan oleh pegawai tentera dalam gambar itu boleh menjadi solusi untuk menstabilkan politik negara yang tengah gawat in.

Lebih-lebih lagi apabila yang baru dilantik sebagai PM ke-10 itu adalah seorang yang bagi Acik tidak layak menjadi PM. Acik tak setuju DSAI menjadi PM bukan sebab benci kepada beliau. Tapi ada TIGA sebab pentingnya kenapa. Ini tak termasuk bermacam-macam lagi sebab lain.

Sebab pertama ialah Acik tidak mau turut sama menzalimi DSAI. Menurut penilaian Acik, beliau sebenarnya tidak cukup berkemampuan untuk melaksanakan dan menunaikan segala janji-janji beliau menjelang PRU-PRU dahulu. Apa yang beliau mampu buat ialah “masuk bakul angkat sendiri“. Rekod beliau sebagai ahli politik telah membuktikan bahawa penilaian Acik ini tidak tersasar.

Sebab ke-2 : Acik tak ingin jawatan utama negara itu disandang oleh individu yang kontroversi. Status beliau sebagai seorang bekas banduan itu pun sudah sangat mencemarkan jawatan utama negara itu. Bukan senang nak menyahkan elemen negatif itu daripada persepsi majoriti rakyat. Status banduan yang “dianugerah” kepada DSAI itu adalah daripada pihak mahkamah di Malaysia bukan daripada khabar-khabar angin saja.

Entahlah kenapa majoriti penyokong DSAI begitu taksub sekali kepada beliau. Mereka tetap menafikan bahawa DSAI bersalah atas perbuatan LIWAT. Sedangkan proses pengadilan di mahkamah telah mendapati bukti-bukti yang cukup bagi mensabitkan beliau dengan kesalahan liwat.

Ada juga penyokong-penyokong setia dan tegar DSAI yang berpihak kepada mahkamah dalam kes tuduhan LIWAT keatas beliau. Namun disebabkan oleh ketaksuban mereka yang begitu tebal terhadap DSAI, maka mereka menganggap dosa LIWAT itu taklah sebesar dosa rasuah. Ini (dakwa mereka) kerana, mudharat rasuah adalah jauh lebih besar daripada mudharat LIWAT.

Sebab ke-3: kerana mandat yang diperolehi oleh DSAI daripada rakyat itu, telah dicemari oleh unsur-unsur penipuan, maka mandat tersebut hanyalah mandat palsu. Sesuatu yang palsu tak kan tahan lama.

Bukti konspirasi antara ANWAR dan ZAHID menipu pengundi. Video ini Acik terima dlm bulan Oktober sebelum PRU15 lagi.

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRU15: konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: Anwar tak layak jadi PM http://4uni2c.com/2020/10/02/politik-dsai-tak-layak-jadi-pm/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://menafirealiti.wordpress.com

https://daulatmsians.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment